Friday, February 12, 2010

Permulaan tahun 2010 yang suram...

Salam...
Tak ada yang menarik setakat ni yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun 2010 nie.Semuanya hampeh!!!(nasib baik ada anak bini tersayang...)Keadaan kat tempat kerja pun semakin tegang!tegang!Tension betoi aku.Semenjak berubah tampok pemerintahan di Jabatan aku ni, macam2 benda yang kuang ASAM terjadi.
Antara benda yang membuat aku tension setakat ni:
1)aku TEWAS dalam permainan badminton dalam pusingan SEMI FINAL (pertandingan tertutup Jabatan)->tak HERAN pon, sebab BOLASEPAK baru feveret aku (nasib baik tak beli raket baru...kalau tak...)
2)tiap2 hari puteri sulung aku,Irdina mesti menangis bila hantar kat nursery baru -> risau aku, heran aku awat dia takmau kat pengasuh baru dia tu.Tiap2 ari aku check kot2 ada kesan lebam kat badan dia tapi nasib baik takdak.Kalau ada, MATI pengasuh tu aku kerjakan.Hopefully anak aku ok nanti...
3)kerja yang semakun menimbon2 kat opis, dengan E-LEARNING PROJECT lagi, nak mengajar PARTIME lagi, nak kena AUDIT lagi..........paling aku risau takot kena hantar p kursus secara paksa rela ni, Kursus BTN.Mati aku...kena jaga anak aku sorang2. Yang KPT ni pon satu, sapa yang dah p BTN takyah la p lagi, tapi dok terhegeh2 nak hantar staf p jugak.HARAM JADAH betoi la depa ni.Takda keja lain, keja menyusahkan orang ja.
4)aku baru nak mohon MASTER kat USM.Dasyat tu...heheheTapi duit kureng(harap dapat scolarship dari IBU...hehehehe)Kalau ada rezeki dapat la.
5)Majoriti staf kat opis aku tengah terhegeh2 mohon kenaikan pangkat.Dari 41 ke 44.Bini aku pon tergolong sekali la.Apa pun wish all da best to Ibu.Kalau ada rezeki adala tu.Aku macamana???Mana layak nak mohon.Huhuhu.Malang bertimpa-timpa nampanya.
Itulah rentetan kisah hidupku yang agak tragis di awal tahun ni.Harap2 bulan mendatang akan memberikan sinar yang baru dalam hidupku bersama isteri dan anakku...AMIN

No comments:

Post a Comment